Mar 23, 2011

Telatah manjaku...











Kenangan Bersama Dinosours.....

Gambar ini masa dekat Mid Valley Bangsar ada pameran raksaksa besarrrrrr.... Gambar nie masa masing-masing tengah kusttttttttt semangat.... Along masa nie gemuk gak taw tak caya tgk betul-betul...., Manja pun apa kurangnyee tapi masa tu manja umur 3 taw 4 tahun kot lebih kuranglah. Kalau ada lagi pameran mcm nie sure manja tak nak pergi takkkuutttt... sebab ada bunyi setiap binatang yang dekat situ, tapi dah besar nie takan kot. Pasti nak pergi punyooooo...

Masa nie manja dah nak lari.....



jauh bolehlah.... kalau dekat cabbuuuttttt....

 Bersama Mama...


Bersama Along..


1 Family... dulu yek...



Bersama Abg Adi Putra

Abg nie buat iklan sabun kat area umah Manja ari tu.... iklan sabun..




Mari2 sabun-sabun hehehehehe


Mar 21, 2011

Manja bersama Artis...

Dekat Putrajaya ada konsert kemuncak Suria jemputan artis-artis.. Masa inilah nak turun padang bila pagar buka serbuuuuuuu!!!!! waktu yang tak disangkakan manja dapat naik pentas.....tu. Abang black ini tarik dia wa caya lu lahhhh... Manja pun terkejut jugak, nak salam tapi dapat pegang tangan, baju abg black yang pakai tu pun dapat. Manja suka giiillleerrrrrr masa tu. Terpegun bila black nyanyi pulak lagu SOFEA, lagu tu manja suka sangatttttt. Sejak ari tu & sampai hari ini manja jadi peminat black... tapi tak tahu lah sampai bilerrrrrr.. Budak-budak.... tapi kalau dia suka, minat sampai bila-bila dia akan ingat betul tak?... betul...betul...betul...

Masa inilah.. nak salam je tu..


kena tarik pulak.. igt apa tadi..
 

Ambik kau.... thanks abg black bw manja naik pentas..
 




Baju yg warna merah tulah dapat, ada kat almari manja hehehehe

tak sanggup hadapi sedih sgt

Pada minggu lepas aku tak tahu apa yang aku rasa ini..... ahahahahahahhhhhhh.. Aku menghilangkan diri yg tak update blog aku.. tak on9 fb, dan mcm2 lagi...Aku menghadapi tekanan yang agak serius aku ambik cuti sampai 4 hari yang aku rasa boleh aku rehatkan fikiranku ini. Bagaimana nak aku nak cerita ngan manja yang agak kecik tak tahu apa yang aku hadapi sekarang. Manja boleh membuat aku gelak & ketawa apabila manja buat lawak.... tapi aku sedih apabila kegembiraan itu timbul dari air mata ini jatuh dan membasahi pipi ku. Aku dah tak tahu ngan sapa lagi yang boleh membuat aku rasa tak perlu aku fikirkan ini lagi... masalah3... memang itu semua orang ada masalah tapi... aku rasa macam nak..... tensionnnnnnnnnn giliieeerrrrrr...  Aku cuba mendiamkan diri, sorang2 dalam bilik tapi manja tetap ikut aku mana aku pergi..... Hari ini baru aku kembali bekerja semula wlaupun aku rasa tak ada MOOD nak kerja. Aku terpaksa, aku memaksa diri aku untuk kuat menghadapi ini semua wlpun aku rasa tak boleh hadapi sorang diri... Aku harap korang semua boleh bagi aku harapan, semangat yang kuat untuk aku... hadapi masalah ini.

Mar 11, 2011

Petua sihat cara saintifik Nabi kita.

Tidak Pemarah.
Nasihat Rasulullah, “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:-
  • mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka baring.
  • Membaca Ta’awwudz, kerana marah itu syaitan.

Mar 7, 2011

Koleksi lirik lagu Anuar Zain

Ku Berjanji Karna Cinta - Anuar Zain

Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu…menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah


Mar 5, 2011

Lirik lagu Kumpulan Sixth Sense

Lirik Lagu Menyesal  - Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Korus
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Ulang Korus

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku


Lirik Lagu Mimpi Sepi - Sixth Sense
Ku sendiri
Dalam diam hatiku
Ku menangis
Dalam sunyi jiwaku

Sepi sepi
Sunyi sunyi

Ku bermimpi dalam nyata hidupku
Aku diam tanpa kata-kata hatiku
Sepi hidupku
Sunyi mimpiku

Kau kau engkau dalam aku
Engkau engkau tiada di sisi
Biarkan aku sendiri

Sendiri sendiri
Sepi sepi…



Mar 4, 2011

Resepi kuih Donut

Hari tu cuba buat ngan manja kuih DONUT sedap..... tak terkata... jomlah cuba.

Donut ...lagi

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

* Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air
   suam. Masukkan yis segera,gula
   pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit
   dan biarkan selama 8-10 minit.

* Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari
  tepung gandum terus ke dalam adunan.
  Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga
  garam.

* Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada
  sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je
  mggunakan sudu).

* Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan
  sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

* Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di
   tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua
   bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih
   5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan
   teknik membuatnya sila rujuk

* Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan 
   pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja
   dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh
   sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika
   ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk
   kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan
   ringan sementara minyak dpanaskan dengan api
   perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk
   mengoreng.

* Setelah minyak agak panas(jgn terlalu
  panas,nanti donut gorengan pertama agak
  hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut
  tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan
  mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan
  mengandungi telur)

* Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia
  utk dhidangkan bersama gula halus atau topping
  kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Petua sihat cara saintifik Nabi kita.

Selain fizikal, mental dan rohani juga adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, Insyaallah untuk panjang umur. "Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan.

1) Selalu bangun Sebelum Subuh.
    Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah,
solat fardhu dan solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain:-
 * Berlimpah pahala dari Allah.
 * Kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan, terapi penyakit TB.
 * Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan.

2) Aktif Menjaga kebersihan.
 * Rasul selalu sentiasa rapi & bersih tiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencuci
rambut-rambut halus dipipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.
Demikian pula mengosok gigi dan memakai haruman (HR Muslim).


Mar 2, 2011

Manja dengan Baju sekolahnyeeeeee

Pada 1hb Mac 2011 manja di sekolah tadika di tempat baru pada mulanya, Hantar nangissssss lah pulak... bila ambik tak kata adik along.. along minta adik along tolong ambik kan.... tak nak baliklah.... Tapi start 2hb manja kena naik van sekolah pergi dan balik sekolah tak payah nak susahkan sapa-sapa dah... Alhamdulillah setakat ini tak ada lagi kepala along nak serabut, pening, ngn bermacam-macam masalah terima kasih semua kerana memberi semangat, pendapat pada along...n manja. Thank you very much.... love u All...