Mar 4, 2011

Resepi kuih Donut

Hari tu cuba buat ngan manja kuih DONUT sedap..... tak terkata... jomlah cuba.

Donut ...lagi

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

* Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air
   suam. Masukkan yis segera,gula
   pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit
   dan biarkan selama 8-10 minit.

* Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari
  tepung gandum terus ke dalam adunan.
  Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga
  garam.

* Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada
  sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je
  mggunakan sudu).

* Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan
  sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

* Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di
   tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua
   bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih
   5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan
   teknik membuatnya sila rujuk

* Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan 
   pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja
   dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh
   sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika
   ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk
   kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan
   ringan sementara minyak dpanaskan dengan api
   perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk
   mengoreng.

* Setelah minyak agak panas(jgn terlalu
  panas,nanti donut gorengan pertama agak
  hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut
  tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan
  mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan
  mengandungi telur)

* Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia
  utk dhidangkan bersama gula halus atau topping
  kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

1 comment:

  1. eh ko pandai wat kuih donut. Buat lah pas tu bw lah pi ofis!

    ReplyDelete